Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

2024-12-29 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,28 Disember- Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan permintaan dilihat lembap pada musim cuti,kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata hujan berterusan di negara pengeluar getah menjejaskan pengeluaran getah dan mengganggu aktiviti menoreh getah.

Bercakap kepada Bernama,Low berkata pengeluaran getah di Thailand pada Disember telah berkurangan hampir 30 peratus disebabkan banjir dan hujan lebat.

“Dengan kekurangan bekalan,pasaran getah secara tidak langsung telah mencapai keseimbangan dengan kekurangan permintaan,” katanya.

Sementara itu,seorang peniaga berkata harga getah tempatan akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau,prestasi ringgit berbanding dolar AS dan penanda aras harga minyak mentah dalam kebimbangan berterusan mengenai kekurangan stok getah asli global disebabkan cuaca hujan di negara-negara pengeluar utama getah asli.

“Pengendali pasaran juga sedang memantau petunjuk seterusnya mengenai rangsangan China serta perkembangan terkini berkaitan ketegangan geopolitik global dan petunjuk ekonomi,” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 6.5 sen kepada 869 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 22 sen kepada 699.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang semalam,harga SMR 20 berada pada 876.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 696.0 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh, disokong operasi BNM

Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi

Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan pengambilan untung

FBM KLCI meningkat, dijangka cecah 1,800 mata akhir 2025

Kontrak hadapan KLIBOR tidak diniagakan pada sesi awal

Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap