Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Disember - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.86 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM22.37 bilion.
Bank pusat itu akan menawarkan tiga tender repo berbalik masing-masing bernilai RM1.8 bilion selama tujuh hari,RM1.5 bilion selama 32 hari dan RM1.0 bilion untuk 90 hari.
BNM juga menawarkan tender repo berbalik semalaman RM200 juta untuk sehari.
Selain itu,ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM34.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM22.7 bilion.-BERNAMA
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap