Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

N Sembilan umum bayaran one-off tambahan RM500 kepada pelajar STEM

2024-12-11 HaiPress

Foto hiasan

SEREMBAN,11 Disember- Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan sebanyak RM500 tambahan bagi Bantuan Khas Kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) (one-off) bagi kategori ijazah dalam pengkhususan bidang STEM (Sains,Teknologi,Kejuruteraan,Matematik) menerusi Insentif Mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang akan bermula pada 2025.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata,jumlah baharu insentif tersebut ialah RM1,500.

Ia untuk menggalakkan lebih ramai pelajar di negeri itu memilih bidang STEM di peringkat ijazah.

"...kerana kita lihat peluang yang ada di negeri kita khususnya dalam bidang teknologi,kejuruteraan,Sains semakin meningkat dan diperlukan di negeri sendiri.

"Jadi kita mahu menggalakkan anak-anak di Negeri Sembilan untuk menceburi bidang ini dan pendapatan dari bidang ini juga semakin meningkat. Kita kena galakkan anak-anak muda menceburi bidang STEM ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri,di sini.

Dalam perkembangan sama,tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi Bantuan Sara Hidup mahasiswa dari keluarga B40 juga akan bermula 2025 iaitu jumlah terbaru bagi insentif ini adalah RM200 sebulan.

Insentif ini dikendalikan di bawah Yayasan Negeri Sembilan dan akanbermula pada tahun 2025,permohonan boleh dibuat di laman sesawang https://www.yns.gov.my.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap