Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Disember- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak dan mengeluarkan garis panduan baharu berhubung kenaikan premium insurans.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,langkah itu penting bagi memastikan kenaikan itu dianggap munasabah dan tidak membebankan.
"Jadi sekarang ini tidak ada kawalan dan malah pembelian ubat ini selama puluhan tahun ini monopoli.
"Jadi sebab itu,kita akan batalkan beberapa komitmen kepada satu dua syarikat dan minta Kementerian Kesihatan,seperti mana beberapa negara lakukan,menjelajah ke beberapa negara supaya mendapat ubat generik yang lebih murah dan berpatutan",katanya di Dewan Rakyat.
Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan garis panduan Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) untuk menyeragamkan yuran pakar.
Datuk Seri Anwar menjawab Pertanyaan Ahli Parlimen Pulai,Suhaizan Kaiat berhubung langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 hingga 70 peratus dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6 peratus pada 2023 yang lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6 peratus pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap