Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,Syed Hamadah Syed Othman/Fail
KUALA LUMPUR,9 Disember- Lembaga Tabung Haji (TH) dan syarikat kumpulannya menyalurkan pelbagai bentuk bantuan bencana kepada 50,000 mangsa terjejas banjir di seluruh negara.
Sebanyak RM500,000 diserahkan kepada Yayasan Food Bank Malaysia sebagai pengelola untuk menyediakan 10,000 kotak makanan yang mengandungi nasi dan lauk segera,makanan kering serta air mineral.
Bantuan itu akan diagihkan secara berperingkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan negeri Kelantan,Terengganu,Pahang dan Kedah dalam masa terdekat.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,Syed Hamadah Syed Othman dalam satu kenyataan berkata pihaknya amat prihatin dan terkesan dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur sehingga mengakibatkan beberapa cawangan di negeri berkenaan ditangguhkan sementara waktu operasinya.
"Justeru,TH bersolidariti bersama komuniti yang terkesan dengan membantu meringankan beban mereka menerusi program tahunan Tanggungjawab Sosial Korporat TH yang memfokuskan kepada bantuan bencana alam termasuklah banjir," kata kenyataan itu.
Bank Islam Malaysia Berhad pula menawarkan penangguhan ansuran pembiayaan rumah,peribadi dan kenderaan selama enam bulan serta Kemudahan Bantuan Bencana khusus buat perniagaan mikro,kecil dan sederhana bagi menyediakan pembiayaan modal kerja,membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan yang telah rosak.
Sebanyak RM250,000 diperuntukkan sebagai sebagai bantuan sokongan kewangan danTabung Bantuan Banjir dilancarkan bagi membantu kakitangan yang terkesan.
Sementara itu,Syarikat Takaful Malaysia Berhad menawarkan bantuan proses tuntutan insurans segera untuk kenderaan dan kesihatan selain mengerahkan Sukarelawan dalam kakitangan untuk bantuan pasca banjir.
Dalam pada itu,TH Properties Sdn. Bhd. menyumbang bantuan bekalan asas harian berjumlah RM10,000.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap