Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Ops Payung berjaya pindahkan semua calon SPM ke tempat selamat

2024-12-02 HaiPress

Fadhlina Sidek

PASIR MAS,2 Disember-Ops Payung yang melibatkan pelbagai agensi berjaya memindahkan semua calon peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di negeri terjejas banjir,membolehkan mereka menduduki peperiksaan itu hari ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata,ia bagi memastikan tiada keciciran lebih 5,000 calon berkenaan daripada tidak menduduki peperiksaan tersebut.

Operasi berkenaan selesai sepenuhnya semalam dan ke semuanya ditempatkan di asrama yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk akses internet.

Perkara itu sekali gus menafikan dakwaan ada calon SPM yang terkesan dan menumpang di surau atau sebaliknya.

"Saya ingin menegaskan bahawa selepas operasi pemindahan semalam kita dapat sahkan semua anak-anak kita berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke asrama lebih baik dan lebih kondusif termasuk semua negeri terlibat banjir.

"Semuanya kita pindahkan ke asrama termasuk calon yang tidak boleh pulang ke negeri masing-masing. Mereka diberi kebenaran untuk mengambil peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau beberapa sekolah terjejas di sini.

Fadhlina memaklumkan banjir kali ini akan dijadikan rujukan prosedur operasi standard (SOP) khususnya di Kelantan yang berdepan situasi banjir luar biasa.

Ops Payung dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM),memulakan operasi dalam pelbagai keadaan termasuk situasi luar jangka.

Jelasnya,beberapa perkara akan ditambah baik pada masa hadapan,termasuk menyediakan jaket keselamatan dan but kepada petugas-petugas terlibat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap