Foto RTM
PANTAI DALAM,30 November - Kaunter Bayaran Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Reruai Jualan Rahmah MADANI antara yang menjadi tumpuan pengunjung sepanjang penganjuran Karnival Komunikasi 2024 di IWK @ Eco Park,Pantai Dalam.
Sempena karnival berkenaan,PDRM menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50 peratus.
Manakala,Reruai Jualan Rahmah menawarkan diskaun bagi barangan keperluan asas seperti,telur,minyak masak dan ayam sehingga 30 peratus.
Bertemakan “Literasi Komunikasi,Masa Depan Harmoni”,karnival anjuran Kementerian Komunikasi itu mengetengahkan aspek komunikasi dan keterhubungan tanpa batas bagi kesinambungan masa hadapan dengan memberi penekanan terhadap kepentingan penggunaan teknologi komunikasi secara bijak serta berhemah.
Turut ditawarkan dalam karnival yang berlangsung sejak semalam itu,program saringan Kanser Serviks,pemeriksaan pergigian bergerak,Jom Tukar Al-Quran,jualan RAHMAH,percetakan setem dengan gambar sendiri dan permainan interaktif e-sports.
Orang ramai juga berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan jalur lebar serta teknologi terkini selain mendapatkan khidmat nasihat berkenaan produk telekomunikasi daripada syarikat seperti TM Technology Services Sdn. Bhd.
Sebagai penutup karnival pada malam ini,diadakan konsert RIUH × Karnival Komunikasi 2024 yang menampilkan artis tempatan Bunkface,Naim Daniel,Iman Troye dan MUAH! band.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap