Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Menteri Kerja Raya ucap takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Ajil

2024-11-30 HaiPress

Kesan runtuhan yang menghempap sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Bukit Apit,Ajil petang semalam/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,30 November- Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi,merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Bukit Apit,Ajil Terengganu semalam.

"Tidak ada perkara yang lebih menyedihkan daripada kehilangan insan yang tersayang.

"Siri hujan lebat pada musim Monsun Timur Laut kali ini menyebabkan banyak negeri dilanda banjir,serta kejadian jalan atau tanah runtuh dan mendap,malah sudah ada nyawa yang terkorban.

"Terbaharu adalah kejadian dua beradik maut,manakala seorang lagi cedera apabila kediaman mereka di Kampung Bukit Apit di Ajil,Terengganu,dihempap tanah runtuh petang semalam",katanya.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata,kementeriannya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedia menawarkan khidmat kepakaran kepada jabatan atau agensi lain yang memerlukan.

Beliau turut dimaklumkan,siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian,termasuk kawasan sekitar tempat kejadian masih selamat diduduki,atau sebaliknya.

JKR akan terus menilai situasi semasa dan menjalankan siasatan lanjut terutama membabitkan struktur jalan serta tahap kekuatan tanah yang terjejas.

Dalam pada itu,beliau turut menasihatkan semua pihak,supaya mematuhi arahan pihak berkuasa selain memberi perhatian kepada perubahan cuaca serta bentuk muka bumi,bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

"Marilah kita bersama-sama menjaga keselamatan diri,keluarga dan masyarakat dalam menghadapi tempoh-tempoh sukar ini",katanya.

Dalam insiden tanah runtuh petang semalam,dua beradik,Puteri Sajidah Azman,16,dan adiknya Siti Fatimah,13,ditemui meninggal dunia selepas terperangkap dalam bahagian rumah mereka yang runtuh.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap