Pengeluaran padi di Johor mencatat peningkatan sebanyak 14.9 peratus bagi musim utama 2023/2024
ISKANDAR PUTERI,27 November – Pengeluaran padi di Johor mencatat peningkatan sebanyak 14.9 peratus bagi musim utama 2023/2024,dengan jumlah pengeluaran mencapai 6,415 tan metrik berbanding 5,581 tan metrik pada musim 2022/2023.
Exco Pertanian,Industri Asas Tani,dan Kemajuan Luar Bandar Johor,Datuk Zahari Sarip,berkata peningkatan tersebut dicapai meskipun keluasan kawasan tanaman padi negeri berkurangan kepada 1,393 hektar akibat kerja baik pulih sawah di Kahang.
"Purata hasil pengeluaran meningkat sebanyak 19.2 peratus,dengan purata hasil sebanyak 4.605 tan metrik sehektar.
"Kerja pembersihan kawasan dan pembangunan infrastruktur akan dimulakan sebaik sahaja urusan permohonan tanah tersebut diluluskan oleh Pejabat Tanah Daerah Muar dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor," katanya semasa Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke 15 (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.
Tambah beliau,kerajaan negeri komited meningkatkan pengeluaran padi dengan membuka kawasan tanaman baharu seluas 50 hektar di Mukim Sungai Balang,Muar,pada tahun hadapan.
Selain itu,kawasan tanaman padi seluas 20 hektar telah dibuka di Kahang,Kluang,dan aktiviti tanaman dijadual bermula pada tahun depan.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap