Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Henti tugas LRA Batu Ferringhi, pengguna diingatkan simpan air

2024-11-26 HaiPress

FOTO HIASAN

GEORGE TOWN,26 November- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengingatkan kepada 37,000 pengguna air di kawasan pantai di utara bahagian pulau negeri itu untuk menyimpan air bagi kegunaan ketika gangguan bekalan air berjadual (SWSI) bermula Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk K. Pathmanathan berkata SWSI selama 14 jam itu dijadualkan dari 10 malam Khamis hingga 12 tengah hari,Jumaat.

"Semasa SWSI,pengguna air termasuk hotel antarabangsa di kawasan Bagan Jermal,Batu Ferringhi,Mount Erskine,Tanjung Tokong,Tanjong Bungah,Tanjung Pinang dan Teluk Bahang akan mengalami tiada bekalan air atau tekanan air rendah buat sementara waktu.

"SWSI itu berkaitan dengan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Batu Ferringhi yang mengeluarkan air terawat yang dibekalkan di kawasan terjejas dan PBAPP perlu menggantikan injap 900 mm yang mengalami kerosakan di dalam LRA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pathmanathan berkata dalam masa yang sama,petugas PBAPP dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga akan menjalankan kerja-kerja servis elektrik voltan tinggi dan penyelenggaraan pencegahan.

Beliau berkata kerja-kerja air semalaman itu akan memastikan LRA Batu Ferringhi beroperasi secara optimum dan meminimumkan risiko kerosakan loji pada ketika penggunaan air yang tinggi serta perubahan iklim.

Beliau berkata pihak PBAPP memohon maaf atas kesulitan sementara yang berlaku dan memohon pemahaman semua pengguna air yang terjejas semasa SWSI itu. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap