Abdul Rahman Mohamad
KUALA LUMPUR,25 November- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang merangka akta baharu untuk menambah baik penjenamaan Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi memperkukuh penawaran kursus yang memenuhi keperluan industri semasa.
Timbalan Menterinya,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata penjenamaan itu bertujuan meningkatkan daya saing ILP melalui pelaksanaan kursus yang lebih relevan dan berkualiti.
"Dari segi kursus,terdapat peningkatan yang lebih baik di bawah kepimpinan sedia ada dengan pelbagai penambahbaikan. Sebagai contoh,kerjasama dengan Huawei di Melaka dan Boeing,Turbo telah dilaksanakan.
"Seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,peningkatan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diteruskan,dan kami memastikan 33 pusat latihan industri ini akan menawarkan kursus yang mampu menarik lebih ramai pelajar ke pusat-pusat ini," katanyamenjawab soalan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem di Dewan Rakyat hari ini.
Dewan turut dimaklumkan bahawa ILP Serian akan memulakan pengambilan pertama pada 13 Januari tahun hadapan dengan kemasukan seramai 60 pelajar.
ILP Serian telah mula menerima kelengkapan yang diperlukan dan penerimaannya dijangka selesai sepenuhnya menjelang Julai tahun depan.
"Kursus-kursus yang akan ditawarkan di ILP Serian termasuk Teknologi Binaan Bangunan,Teknologi Penyelenggaraan Bangunan,Teknologi Computer Added Design and Drafting (CADD),Teknologi Elektrikal,serta Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.
"Pengisian perjawatan di ILP Serian akan dilakukan secara berperingkat,dengan jumlah perjawatan keseluruhan seramai 72 orang," tambahnya lagi.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap