Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Klinik TVET cilik dedah pelajar kepada bidang kemahiran

2024-11-21 HaiPress

Foto RTM

ARAU,12 November-Seramai 80 pelajar Tahun enam beserta enam orang guru Sekolah Kebangsaan Jejawi,Arau diberi pendedahan awal mengenai peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di GiatMARA Arau di sini.

Program ini juga satu kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dan pihak sekolah bagi mempersiapkangenerasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Menurut Pengarah GiatMARA Perlis,Harun Radzi,inisiatif berkenaan adalah untuk membuka minda pelajar dan minat pada usia muda kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya di GiatMARA.

Selain itu,pendekatan tersebut juga bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cenderungan dalam bidang akademik semata-mata tetapi lebih luas terhadap bidang kemahiran yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan hari ini.

“Sejajar dengan kemajuan dunia hari ini yang bergerak pantas seiring perkembangan teknologi dan keperluan industri,memerlukan kita untuk mengubah cara remaja berfikir dan bertindak terutamanya dalam menentukan masa depan”

“Program Klinik TVET ini antara usaha proaktif dan penting bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik semata-mata tetapi juga memiliki kemahiran teknikal yang relevan dengan industri",katanya demikian pada Program Klinik TVET Cilik Sekolah Kebangsaan Jejawi di Pusat GiatMARA Arau di sini.

Ketika ini terdapat 11 kursus asas dan satu kursus lanjutan di GiatMARA Arau,Padang Besar dan Kangar yang mampu melatih para pelajar dalam bidang TVET bagi melahirkan golongan belia yang berkemahiran,memenuhi keperluan ekonomi dan daya saing negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap