Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Perdagangan Malaysia kukuh, rekod jumlah tertinggi

2024-11-20 HaiPress

Malaysia mencatatkan lebihan perdagangan 54 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 /FOTO RTM

KUALA LUMPUR,19 November - Perdagangan Malaysia kekal kukuh dan mencatatkan jumlah tertinggi bagi tempoh 10 bulan pertama setakat ini,meningkat 9.3% kepada RM2.38 trilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Eksport mengembang 4.8% kepada RM1.24 trilion dan import naik 14.6% kepada RM1.14 trilion,menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM102.77 bilion.

Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi kenyataan berkata,bagi bulan Oktober 2024,perdagangan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-10 bulan berturut-turut.

Angka itu meningkat 2.1% kepada RM244.26 bilion.

Eksport naik 1.6% kepada RM128.12 bilion,manakala import mengembang dengan kadar yang lebih


sederhana sebanyak 2.6% kepada RM116.14 bilion,sekali gus menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM11.98 bilion.

Ini merupakan lebihan dagangan yang ke-54 bulan berturut-turut direkodkan sejak Mei 2020.

Pertumbuhan eksport pada Oktober didorong terutamanya oleh permintaan kukuh terhadap barangan perkilangan,yang mewakili 85.4% daripada jumlah eksport.

Peningkatan telah dicatatkan sebanyak 1.9% kepada RM109.46 bilion berikutan kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik,pengeluaran getah,barangan makanan diproses serta jentera,kelengkapan dan peralatan.

Dari segi pasaran,Malaysia mencatatkan pertumbuhan eksport ke Amerika Syarikat,Kesatuan Eropah dan Taiwan.

Berbanding September 2024,perdagangan,eksport dan import pada Oktober 2024 masing-masing meningkat sebanyak 4.2%,3.7% dan 4.8 peratus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap