Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

UniKL, Universiti UAE bangunkan fakulti AI di Kuala Lumpur

2024-11-19 HaiPress

Ahmad Zahid menghadiri majlis makan malam bersama 200 diaspora Malaysia di Dubai,UAE /Foto RTM

DUBAI,19 November - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan berkolaborasi dengan Universiti Kecerdasan Buatan Mohamad bin Zayed (MBZUAI) bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Menurut Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,usahasama itu bertepatan dengan reputasi institusi itu sebagai universiti AI pertama di dunia.

“Apa yang telah dipersetujui,MBZUAI akan menjalin hubungan dengan UniKL untuk mewujudkan fakulti AI dan perkara ini telah disahkan Pengerusi MARA,Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki,’’

‘’Ini adalah satu pendekatan baharu kerana kita perlu belajar AI ini daripada negara atau institusi yang telah melakukan sistem pendidikan AI yang terawal,’’ katanya pada majlis makan malam bersama lebih 200 diaspora Malaysia di Dubai,Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selain UniKL,tiga lagi universiti tempatan bakal mewujudkan fakulti AI termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sementara itu,Ahmad Zahid memaklumkan,kerajaan dan rakyat UAE mengagumi pencapaian anak tempatan yang menetap dan bekerja di negara itu.

Ia menjadi cerminan keunggulan sistem pendidikan negara yang menghasilkan ramai tenaga profesional dan usahawan berjaya.

Ahmad Zahid dijadual mengakhiri lawatan 7 hari ke UAE,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap