Peserta Malakoff Amazing Hunt 2024 bergambar sebelum memulakan pertandingan / Foto RTM
KUALA LUMPUR,17 November- Seramai 64 peserta daripada 16 pasukan menyertai Malakoff Amazing Hunt 2024 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 di sekitar ibu negara,semalam.
Ia merupakan edisi kedua acara tahunan,dengan memberi fokus kepada mempromosikan kehidupan mampan.
Pertandingan yang memerlukan peserta menyelesaikan tugasan serta menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan jejak karbon,turut disertai wakil media daripada pelbagai agensi termasuk Radio Televisen Malaysia (RTM).
Ketua Pegawai Kewangan Malakoff Corporation Berhad,Mohd Nazersham Mansor berkata penganjuran acara tersebut dapat memperkukuh hubungan sedia ada dengan pemegang taruh,serta komitmen terhadap pembangunan mampan.
"Objektif utama acara ini antaranya menunjukkan tindakan hasil usaha komuniti dalam mengurangkan sampah serta penggunaan yang mesra alam.
"Ia sealiran dengan Maltlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan prinsip pendedahan Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG),menyumbang kepada impak positif terhadap alam sekitar," katanya menerusi kenyataan.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap