Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

PM akan hadiri Sidang Kemuncak CEO APEC, bertemu pegawai kanan Google

2024-11-15 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

LIMA,14 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiriSidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini pada Khamis sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).

Beliau akan menjadi ahli panel dalam sesi bertajuk “Peluang dan Cabaran dalam RevolusiKecerdasan Buatan (AI)”bersama Naib Presiden Data & AIMicrosoft,Zia Mansoor,Ketua Pegawai Eksekutif Vobile,Yangbin Wang danNaib PresidenHal Ehwal Kerajaan & Dasar Awam Google,Karan Bhatia.

Turut menyertai sesi tersebut yang akan berlangsung diGrand National Theatre of Peru ialah ahli MajlisPerniagaanAPEC (ABAC) Kanada,Jan De Silva.

Sesi tersebut akanmembincangkanmengenai potensi transformasi AIdalam memacu pertumbuhan ekonomi sambil menangani keperluan kritikal bagi tadbir urus.

Selain itu,Anwar,yang juga menteri kewangan akan mengadakan sesi pertemuan bersemuka denganKaran Bhatia sertabertemu dengan Persatuan Islam Peru.

Jadual Anwar pada hari ini akan berakhir dengan penyertaan dalam dialog ekonomi peringkat tinggi ABAC bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto,yang menghadiri forumAPEC buat pertama kali selepas memegang tampuk pentadbiran.

Malaysia adalah salah satu daripada 12 ekonomi pengasas APEC.

APEC adalah forum antara kerajaan bagi21 negara anggota di Lingkaran Pasifik yang menggalakkan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia-Pasifik. Ia mewakili hampir 40 peratus daripada populasi dunia,hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada ekonomi global.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap