Ketua Pegawai Eksekutif IIM,Rahman Mohd Din / Foto RTM
KUALA LUMPUR,12 November – Sempena sambutan Bulan Integriti Nasional,Institut Integriti Malaysia (IIM) memainkan peranan penting dalam memartabatkan pembudayaan integriti secara berterusan,sejajar dengan ucaptama Timbalan Perdana Menteri pada majlis perasmiannya,5 November lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif IIM,Rahman Mohd Din berkata institusi tersebut berfungsi memperkukuhkan pelbagai program dan aktiviti integriti serta menjadi badan rujukan dan pemikir kepada kerajaan.
"Integriti adalah satu pembudayaan yang seharusnya menjadi budaya dan amalan kepada semua rakyat Malaysia dalam pengurusan mereka.
"Dengan adanya integriti,masyarakat akan lebih bertanggungjawab dalam tindakan mereka,sekali gus dapat mengelakkan penyelewengan,rasuah dan pengalihan kuasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,sini.
Menurut Rahman,sambutan Bulan Integriti Nasional diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa kerajaan sangat menitikberatkan integriti dan tata kelola terbaik dalam pengurusan,baik di sektor awam mahupun swasta.
Beliau turut menekankan pentingnya usaha pembudayaan integriti tidak terhad kepada bulan November sahaja,namun perlu dilaksanakan secara konsisten dalam kehidupan dan pentadbiran seharian di semua sektor.
Selain itu,IIM juga berperanan sebagai pendidik dengan menyediakan latihan dan advokasi serta menerbitkan penyelidikan berkaitan integriti dan tata kelola terbaik yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap