Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Cabaran kerajaan imbangi kebajikan rakyat, laksana penyatuan fiskal

2024-11-08 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,7 November- Mengimbangi antara kebajikan rakyat serta melaksanakan penyatuan fiskal merupakan cabaran yang kompleks bagi kerajaan.

Justeru,Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi,Kementerian Kewangan,Dr Nirwan Noh berkata,setiap pelaksanaan dasar memerlukan perancangan teliti dan menetapkan keutamaan sewajarnya,termasuk langkah rasionalisasi RON95.

"Rasionalisasi perlu dilakukan,penilaian semula setiap program subsidi juga harus dilaksana dan kita harus benar-benar membuat penilaian terhadap kumpulan sasar yang perlu dibantu.

"Jadi pendekatan yang diperhalusi ini perlu mengimbangi kebajikan sosial dan kemampanan fiskal untuk memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya",katanya pada webinar 'Refleksi MARC360: Analisis Belanjawan 2025 dan Perbahasan Pasca Belanjawan Malaysia'.

Jelasnya,langkah itu juga bertujuan mengelakkan ketirisan dan meningkatkan ketepatan dalam agihan subsidi.

Beliau turut memberitahu kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah sama seperti penyasaran subsidi diesel,dengan pemberian bantuan tunai melalui e-dompet.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap