Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Valencia

2024-10-31 HaiPress

Foto AFP

PUTRAJAYA,31 Oktober- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian banjir yang melanda kawasan timur Valencia,Sepanyol,susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Oktober lalu.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar di Madrid kini memantau situasi banjir tersebut dengan rapi dan menggesa rakyat Malaysia di Sepanyol agar terus berwaspada serta mematuhi panduan daripada pihak berkuasa tempatan.

Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap kerajaan serta rakyat Sepanyol,khususnya kepada mangsa yang terkesan akibat banjir.

"Malaysia mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh dan usaha membaik pulih harta benda serta infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar," menurut Kementerian Luar menerusi kenyataan.

Sementara itu,rakyat Malaysia yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mereka yang belum mendaftar atau mengemas kini keberadaan dan maklumat diri adalah digalakkan berbuat demikian di portal https://ekonsular.kln.gov.my.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan di Ave. de los Madroños 63B,28043 Madrid,melalui telefon di +34659894943 (talian 24 jam),atau melalui e-mel diAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.",katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap