Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

1,800 peserta sertai Janamanjung Fellowship Ride 2024 TNB

2024-10-27 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berada di garisan pelepasan sebelum berbasikal sejauh 7.5 kilometer pada kayuhan program Janamanjung Fellowship Ride 2024 di Teluk Batik,di Lumut / Foto Bernama

LUMUT,27 Oktober - Lebih 1,800 peserta dari seluruh negara hadir menjayakan Program Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2024 yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata program seumpama itu mampu merapatkan ukhuwah di kalangan peminat basikal dan masyarakat secara umum.

Ia juga menyediakan ruang untuk masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah.

"Di samping itu,TNB menjalankan program CSR yang memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di kalangan masyarakat setempat. Apatah lagi di sini TNB menjana tenaga,iaitu tenaga mereka. Sebab itu TNB memberi kembali kepada masyarakat setempat," katanya selepas melepaskan peserta kayuhan JMFR 2024 di Teluk Batik,di sini.

Bertemakan "Ride Together: Energy. Progress. Sustainability," program ini dilaksanakan semula tahun ini setelah ditangguh selama beberapa tahun akibat pandemik COVID-19.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap