Menteri Sains,Teknologi dan Teknologi,Chang Lih Kang semasa memberi ucapan perasmian Program AI 4 Belia/ Foto UPSI
TANJUNG MALIM,26 Oktober- Penganjuran program 'AI 4 Belia' dilihat sebagai platform kepada belia untuk membudayakan Sains,Teknologi dan Inovasi (STI) terutamanya penggunaan kecerdasan buatan (AI) terutama mendepani cabaran masa depan.
Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata,Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan dan melahirkan belia celik teknologi terutamanya dalam AI berikutan penggunaannya menjadi pemudah cara menjalani kehidupan,melaksanakan kerja seharian dan berinteraksi antara satu sama lain.
"Melalui program yang diadakan pada hari ini dengan kerjasama Syarikat Pixlr akan berupaya meningkatkan kesedaran belia tentang kepentingan AI,menggalakkan penggunaan AI dan memperkasakan kemahiran belia dalam AI.
"Belia merupakan pelapis dalam membangunkan Malaysia pada masa akan datang,yang juga perintis kepada pekerjaan masa hadapan dalam bidang seperti Kejuruteraan Kecerdasan Buatan,Robotik,Anggota Keselamatan Maya (Cyber Security Agent),Teknologi Blockchain dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Artificial Intelligence (AI) 4 Belia yang diadakan di Dewan Sri Tanjung,Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap