Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Gabungan MATRADE, HDC perkukuh dan menyepadukan ekosistem perdagangan dan industri halal

2024-10-26 HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,25 Oktober - Penggabungan strategik antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) akan membentuk ekosistem perdagangan dan industri halal yang lebih kuat dan bersepadu.

Kenyataan Kementerian Pelaburan,Perdagangan & Industri (MITI) memaklumkan,sebagai langkah segera Jawatankuasa Pro Tem ditubuhkan untuk menyelaraskan sumber dan rangka kerja operasi.

Jawatankuasa itu juga akan memastikan sebarang penggabungan fungsi dan jawatan akan diurus dengan adil.

Penggabungan itu bakal meningkatkan kepimpinan dan daya saing Malaysia dalam pasaran halal global,yang diunjur bernilai A$5 trilion menjelang 2030.

Ia berupaya dicapai melalui operasi yang diperkemas,perkhidmatan asas yang digabungkan serta sokongan pembangunan dan promosi perdagangan yang diperkukuh untuk pengeksport halal.

Inisiatif tersebut seterusnya akan memperkukuh kemampuan fasilitasi eksport MATRADE melalui 49 pejabat di seluruh dunia,disokong pengetahuan industri khusus daripada HDC.

Semua pekerja sedia ada akan dikekalkan,sementara nilai jenama HDC terus dipelihara dan ditingkatkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap