Foto RTM
KUALA LUMPUR,25 Oktober-Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali,mengunjungi Pusat Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kuala Lumpur di The Exchange TRX hari ini.
Abiy,yang sedang dalam lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia,tiba sekitar pukul 5.30 petang dan disambut oleh Presiden International Green Trends Cockpit Sdn Bhd,Ismail Abdullah.
Semasa lawatan tersebut,baliau juga diberikan taklimat terperinci berkaitan objektif dan perancangan pusat Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kuala Lumpur,yang bertujuan untuk mendidik penduduk bandar tentang kehidupan mampan dan menyebarkan maklumat mengenai rangka kerja ESG.
Sebelum itu beliau yang tiba awal pagi tadi,memulakan lawatan ke Taman Botani Perdana dan ke Kilang PROTON di Tanjung Malim.
Lawatan rasmi beliau selama dua hari ini juga turut menggariskan kepentingan strategik Malaysia dalam dasar luar Ethiopia serta menyerlahkan potensi kerjasama lebih erat dalam menangani cabaran global yang dikongsi bersama.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap