Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Hukuman tahanan di rumah tiada kaitan dengan mana-mana individu - Fahmi

2024-10-26 HaiPress

Fahmi Fadzil/ BERNAMA

PUTRAJAYA,25 Oktober- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan penggubalan akta baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah tiada kaitan dengan mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata,perkara itu merupakan sebahagian daripada peralihan pandangan daripada punitif kepada pemulihan keadilan.

"Seseorang individu yang telah didapati bersalah dikembalikan ke dalam komuniti adalah antara hasrat kerajaan.

"Projek rintis telah diadakan tahun lalu,kira-kira 5,000 banduan yang terdiri daripada pesalah jenayah ringan menjalani proses rehabilitasi dalam komuniti dengan beberapa syarat ditetapkan," katanya dalam sidang media di sini.

Berdasarkan kajian setelah projek rintis itu dilaksanakan,ia menunjukkan kadar residivisme (kembali melakukan kesalahan) turun kepada 15 peratus.

Tambahnya,Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Jabatan penjara telah menikmati penjimatan sebanyak RM19 juta melalui usaha tersebut,maka kajian menunjukkan projek ini boleh diperluas kerana terdapat 82,000 banduan dalam penjara melebihi kapasiti,74,000.

Terdahulu,Menteri Dalam negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,RUU berkenaan akan dibentangkan di parlimen tahun depan dan kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan.

Kira-kira 20,000 pesalah kategori tertentu yang layak dipertimbangkan selepas mereka menjalani proses tapisan antaranya pesalah pertama yang tidak melakukan kesalahan berat,wanita mengandung,warga emas,dan orang kurang upaya (OKU).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap