Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

KPN siasat pihak dedah keberadaan kanak-kanak GISBH

2024-10-23 HaiPress

Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain / Foto RTM

PUTRAJAYA,23 Oktober - Polis akan menjalankan siasatan berhubung pendedahan ada pihak cuba mendapatkan maklumat keberadaan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISBH.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain,berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan kerana terdapat beberapa rumah perlindungan yang menempatkan kanak-kanak berkenaan.

"Nanti kita siasat,pasal ada rumah perlindungan di Negeri Sembilan...Selangor," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini.

Terdahulu,Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan terdapat pihak cuba mendapatkan maklumat tentang rumah perlindungan kanak-kanak berkenaan.

Tanpa memperincikan pendedahan itu,beliau menegaskan,semua kanak-kanak terbabit dalam jagaan yang selamat di rumah perlindungan dengan kawalan keselamatan yang tinggi.

Setakat ini,seramai 560 kanak-kanak ditempatkan di pusat perlindungan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap