Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

SME Bank laksana 10 inisiatif strategik bernilai RM1.17 bilion

2024-10-22 HaiPress

SME Bank akan melaksanakan 10 inisiatif strategik bernilai RM1.17 bilion menerusi Belanjawan 2025 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,22 Oktober – SME Bank akan melaksanakan 10 inisiatif strategik bernilai RM1.17 bilion menerusi Belanjawan 2025 bertujuan mengukuhkan mandat bank itu dalam menyokong ekosistem perusahaan mikro,kecil,dan sederhana (PMKS).

Dalam satu kenyataan,SME bank telah mengenal pasti beberapa sektor strategik utama,termasuk teknologi,pelancongan,dan bidang berkaitan alam sekitar,sosial,serta tadbir urus (ESG).

Pemangku Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank,Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata sektor-sektor tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan bagi jangka masa panjang,khususnya dalam memperkasa usahawan wanita.

"Antara inisiatif strategik yang diperkenalkan termasuk pembiayaan berjumlah RM400 juta untuk sektor PMKS yang sedang dalam proses transformasi teknologi. Selain itu,RM200 juta diperuntukkan bagi memperkasakan segmen PMKS Bumiputera,dengan tujuan memupuk generasi juara serantau," katanya.

Sebanyak RM100 juta turut diperuntukkan khusus untuk pembangunan usahawan wanita serta mengurangkan jurang gender dalam perniagaan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2005,SME Bank telah menyediakan lebih RM45 bilion dalam program pembiayaan yang memberi manfaat kepada lebih 24,000 PMKS di seluruh negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap