Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

SST diperluas kembangkan asas cukai negara

2024-10-21 HaiPress

Ketua Cukai Malaysia Ernst & Young Consultants Sdn Bhd,Farah Rosley

KUALA LUMPUR,21 Oktober - Skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang diperluas,adalah sejajar keperluan untuk mengembangkan asas cukai negara.

Ketua Ahli Percukaian Ernst & Young Consultants Sdn Bhd,Farah Rosley berkata,langkah progresif itu akan menjana pendapatan tambahan untuk Kerajaan,disokong pengenalan beberapa cukai baharu.

Sementara itu beliau berpandangan,pelaksanaan cukai karbon adalah penting bagi menyokong sasaran ekonomi rendah karbon.

"Pelaksanaan cukai karbon ke atas industri keluli,besi dan tenaga menjelang tahun 2026 selari dengan tindakan beberapa negara serantau dan penting ke arah ekonomi rendah karbon," katanya kepada pemberita RTM.

Sementara itu jelas beliau,kenaikan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

"Ini mungkin langkah-langkah menggalakkan rakyat supaya mengamalkan pemakanan sihat tapi tidak mengejutkan kerana banyak negara-negara lain turut memperkenal cukai seumpama ini. Kadarnya mungkin akan menyebabkan sedikit kenaikan harga untuk minuman manis,jadi mungkin akan menambah pndptn cukai negara.

Belanjawan 2025 mencadangkan,duti eksais bagi produk minuman bergula dinaikkan secara berfasa mulai 1 Januari 2025 pada kadar 40 sen seliter,daripada 50 sen ketika ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap