Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Keselamatan perairan maritim terkawal, bebas - Adly Zahari

2024-10-21 HaiPress

Perairan maritim kekal bebas dan terbuka kepada komuniti maritim/Foto Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR,21 Oktober - Keselamatan perairan maritim negara khususnya di Laut China Selatan kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal,kata Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari.

Menurut beliau perairan maritim kekal bebas dan terbuka kepada komuniti maritim.

Adly turut menjelaskan bahawa kehadiran aset maritim China di Laut China Selatan adalah lebih kepada pasukan pengawal pantai berbanding kapal perang tentera laut. Ini sejajar dengan operasi 'grey zone' yang sedang dilaksanakan oleh negara tersebut,yang mana tiada konflik ketenteraan secara langsung berlaku.

"Perkara ini adalah selaras dengan pendekatan gray zone strategy yang sering dilaksanakan oleh China di Laut China Selatan.

"Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik,namun sehingga hari ini,mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti yang berlaku dengan negara lain (Filipina dan Vietnam)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Jelebu,Datuk Seri Jalaluddin Alias mengenai keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan susulan pencerobohan kapal frigat tentera China dan Pengawal Pantai China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Wilayah Maritim Sarawak.

Adly berkata,bahawa kementeriannya komited dalam mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan tahap kesiapsiagaan aset pertahanan berada di tahap optimum.

Beliau turut menegaskan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun hadapan akan dimanfaatkan sepenuhnya ke arah memuktamadkan Kod Tatacara Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di kawasan perairan tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap