Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kerajaan teruskan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan mengenai lesen ASP(C)

2024-10-21 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,21 Oktober-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneruskan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan memberikan penjelasan berkenaan keperluan pematuhan di bawah Akta 588 dan proses permohonan lesen ASP (C).

Ia susulan pihak Asia Internet Coalition (AIC) menggesa kerajaan menghentikan rancangan mengenakan lesen ke atas platform media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching memaklumkan pandangan pihak berkepentingan telah diambil kira melalui beberapa siri rundingan dan libat urus yang bagi memastikan pembangunan kerangka pelesenan yang komprehensif.

"Kerangka pelesenan ini bertujuan memastikan akauntabiliti semua pihak termasuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial,mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat,dan menangani isu-isu jenayah dalam talian serta melindungi pengguna terutamanya untuk kanak-kanak.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ayer Hitam,Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengenai tahap kebersediaanpenyedia perkhidmatan platform terhadap pelaksanaan dasar tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

SST diperluas kembangkan asas cukai negara

PNB sambut baik Belanjawan 2025, proaktif bantu kerajaan

Kenaikan gaji minimum dorong pekerja tingkat kemahiran

Ringgit terus catat momentum positif untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS

Stok bekalan makanan, beras mencukupi hingga tempoh 6 bulan

KPT tegas pertahan pandangan ahli akademik

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap