Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

KPDN, SSM bekerjasama dengan PDRM, bantu siasatan GISBH

2024-09-25 HaiPress

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Armizan Mohd Ali / Foto BERNAMA

IPOH,24 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM),bagi membantu siasatan berkaitan GISB Holdings (GISBH).


Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata SSM boleh membatalkan pendaftaran syarikat GISBH,sekiranya disabit kesalahan melibatkan aktiviti yang melanggar kepentingan awam dan peraturan semasa.

"Kita sedang menyemak semua pendaftaran syarikat-syarikat induk dan anak-anak syarikat,termasuklah pematuhan mereka kepada penghantaran laporan tahunan penyata kewangan dan sebagainya."

"Pada peringkat ini,siasatan utama dilakukan oleh PDRM dan kita melihat kepada aspek pematuhan undang-undang syarikat. Kita bekerjasama rapat dengan PDRM untuk melengkapkan siasatan." katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Menara SSM di Kepayang,Ipoh.


Pihaknya juga sedang bekerjasama denganSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)untuk memantau promosi produk perniagaan GISBH menerusi platform media sosial.


Sebelum ini,Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil memaklumkan MCMC tidak menerima sebarang aduan berhubung produk perniagaan GISBH.


Isu berkaitan pengawasan perniagaan dan produk tersebut berada di bawah tanggungjawab KPDN.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap