Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

TPM: Hati-hati kongsi strategi pemasaran industri halal dengan negara luar

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,20 September - Pemain industri halal di negara ini dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam berkongsi ilmu dan strategi kepada negara luar.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,ia demi memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju dalam pensijilan dan pengeluaran produk halal di peringkat dunia.

Menurut beliau,sikap terlalu terbuka dalam berkongsi pengetahuan,teknologi,serta taktik pemasaran dengan negara lain boleh memberi kesan negatif kepada kedudukan Malaysia dalam industri ini.

"Sebagai contoh,Malaysia dahulu adalah negara pengeluar serta pengeksport komoditi getah dan sawit nombor satu di dunia,selain peneraju perbankan Islam.

"Namun,kita terpaksa akur apabila jatuh ke kedudukan belakang berbanding negara-negara jiran kerana terlalu banyak berkongsi ilmu dan strategi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024 di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi.

Beliau turut menambah bahawa perkongsian maklumat secara berlebihan memberi peluang kepada negara-negara lain untuk meniru pendekatan Malaysia dalam sektor halal.

Ini,katanya,boleh menggugat kedudukan negara yang telah dibina sejak 1974 sebagai peneraju dalam pensijilan dan pengeluaran produk halal global.

"Kita terlalu baik hati berkongsi ilmu dan teknologi yang bagus,tapi berkongsi strategi ini kenapa pula dengan semua orang? Kalau kita nak berkawan,ada kawan yang kita boleh sembang di luar pagar,ada yang di dalam pagar.

"Yang lebih rapat kita bawa ke halaman rumah,ada yang kita bawa ke ruang tamu,dan ada yang sampai ke dapur,tetapi ini semua kawan kita bawa ke bilik tidur. Faham maksud saya?

"Kita berkongsi banyak perkara antarabangsa,termasuk strategi teknikal dan pemasaran,akhirnya kita yang tertinggal di belakang," katanya.

Ahmad Zahid turut menekankan bahawa kerjasama antara pelbagai agensi,jabatan,dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu diperkukuh bagi memastikan Malaysia terus unggul,bukan sahaja dalam pensijilan halal tetapi juga dalam pengeluaran produk halal serta perkhidmatan perbankan Islam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap