Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Penduduk terjejas banjir di Kedah meningkat kepada 3,800

Keadaan banjir di Kedah

ALOR SETAR,19 September – Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Kedah terus meningkat kepada 3,800 orang dari 1,089 keluarga,dengan 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah,Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain,memaklumkan bahawa situasi banjir terus dipantau secara rapi.

Daerah Kota Setar menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan seramai 1,265 orang kini ditempatkan di lapan (8) PPS,termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas,SMK Alor Merah,Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah,SK Taman Aman,SMK Convent,SK Sri Gunung,SK Gunung,dan SMK Simpang Kuala.

Sementara itu,Kubang Pasu menyaksikan seramai 952 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS,manakala di Pokok Sena,seramai 826 orang ditempatkan di empat PPS.

Tiga PPS di Kulim menempatkan 86 orang,Pendang pula mencatatkan 433 mangsa,dan di Kuala Muda,seramai 131 orang ditempatkan di PPS.

Satu PPS di Bandar Baharu menempatkan 107 mangsa.

Pihak berkuasa terus mengingatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan untuk berpindah jika diperlukan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap