Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Henti segera monopoli, amalan kartel baja, benih - PM Anwar

Datuk Seri Anwar semasa menyampaikan ucapan perasmian MAHA 2024 di MAEPS,Serdang hari ini/ Foto: RTM

SERDANG,14 September- Monopoli dan amalan kartel lama terutama melibatkanindustri pertanian wajib dihentikan,tegas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pemilihan kerjasama perlu berdasarkan fakta yang memberi mutu terbaik kepada industri,sekali gus bagi memastikan ekosistem pertanian negara lebih telus.

“Amalan kartel baja dan benih mesti dihentikan. Baja dan benih tidak boleh ‘dikartelkan’ seperti dahulu. Sebab itu perlu satu menteri yang tegas dan keras untuk hapuskan amalan kartel lama.

"Setiap kementerian yang dipertanggungjawabkan,perlu tegas danberpegang teguh pada pendirian bagi memastikan situasi sama tidak berulang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),hari ini.

Dalam pada itu,Anwar berkata projek mega industri padi bakal diperkenal dalam masa terdekat.

"Ada projek besar yang bakal kita perkenalkan,termasuk projek raksasa tanaman padi fasa pertama yang akan dimulakan dalam masa singkat yang menelan belanja sebanyak RM5 bilion," katanya.

Sementara itu,Anwar berkata beliau turut optimis landskap pertanian negara akan berubah dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.

Menurutnya,ia berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Menterinya,Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Kalau rentak perubahan dan kemajuan berlaku di KPKM seperti yang ada sekarang dengan fokus termasuk durian dan pelbagai hal lain,saya yakin beri satu,dua tahun lagi kita lihat landskap pertanian negara akan berubah.

“Jadi saya harap semua agensi,MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan lain-lain termasuk jabatan pertanian dan perikanan ambil ini sebagai satu cabaran," ujarnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap