Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,12 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kedudukan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM25.40 bilion daripada RM19.60 bilion pada sebelah pagi,manakala dana Islam menokok kepada RM23.80 bilion daripada RM23.63 bilion .

Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik,satu tender repo berbalik semalaman dan satu tender repo berbalik Islam (SBBA).

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM23.7 bilion kepada RM23.8 bilion.

Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM25.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM23.80 bilion,kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Setakat 11 Sept,2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap