Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Abi Agro edar 100kg sawi percuma kepada penduduk

Foto FB Abi Agro

KANGAR,13 September- Sebanyak 100 kilogram sayur sawi segar yang diusahakan secara hidroponik oleh Abi Agro di Kampung Tengah,Perlis diagihkan secara percuma kepada penduduk setempat.

Program hasil inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Abi dan Kebun Hidroponik Abi Agro.

Menurut Pengerusi JPKKP Kampung Abi,Amy Rodzi,usaha dilaksanakan itu bertujuan meringankan beban penduduk berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini,selain khidmat bakti kepada penduduk setempat dengan berkongsi rezeki.

"Program agihan ini pertama kali dianjurkan untuk mengagihkan barangan basah secara terus dari ladang berikutan barangan keperluan harian kering lain sudah kerap diagihkan kepada penduduk melalui program Ziarah Kasih yang dilaksanakan secara berkala," katanya kepada pemberita pada Program Agihan Sayur Percuma di Kebun Hidroponik Abi Agro di Kampung Tengah di sini.

Kebun itu mengamalkan konsep pilih,timbang dan bayar dimana pengunjung yang hadir ke kebun berpeluang merasai sendiri pengalaman memetik sendiri sayur-sayuran segar dan boleh dilakukan bersama-sama keluarga.

Konsep pelancongan agro yang diperkenalkan sejak 2020 di Kebun Hidroponik Abi Agro itu salah satu tarikan pengunjung yang bertandang ke Perlis di kawasan seluas 0.2 hektar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap