Foto BERNAMA
SHANGHAI,11 September- Kemudahan Taman Perindustrian Halal sedia ada di beberapa negeri di Malaysia,perlu ditambah baik.
Pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC),Khairul Azwan Harun berkata,tindakan itu sebagai persediaan bagi menerima bakal pelaburan masuk dari China.
"Termasuk juga ada beberapa negeri yang telah menyatakan komitmen untuk membuka taman-taman industri halal baharu,yang juga akan dipersiapkan bagi menerima pelaburan yang dijangka masuk dalam masa terdekat.
"Ia hasil daripada forum yang kita adakan di Shanghai," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Terdahulu,Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Malaysia meraih potensi pelaburan baharu kira-kira RM4 bilion dari China bagi industri halal.
Pelaburan daripada 40 syarikat China itu turut merangkumi pelbagai sektor.
Antaranya perubatan herba,makanan dan minuman serta vaksin.
BERITA BERKAITAN:
Industri halal,Malaysia bakal raih pelaburan RM4 bilion dari China
Malaysia bakal bawa pelaburan baharu dalam sektor halal dari China
Ahmad Zahid tiba di Shanghai,hadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap