Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Dua pekerja Bangladesh maut ditimpa konkrit, tanah

FOTO PDRM

SHAH ALAM,9 September- Dua pekerja binaan maut ditimpa dinding konkrit longkang dan tertimbus tanah semasa kerja-kerja pemasangan di tapak pembinaan Elmina Ridge,Denai Alam,di sini,pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam,Penguasa Polis (SP) Ramsay Embol berkata seramai tiga pekerja berada di tapak berkenaan ketika kejadian berlaku sekitar pukul 10.15 pagi.

"Secara tiba-tiba tanah di tepi longkang runtuh menyebabkan dinding konkrit patah dan menimpa salah seorang pekerja,manakala seorang lagi tertimbus runtuhan tanah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata kedua-dua mangsa warga Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu seorang lagi pekerja terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Polis meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat,Inspektor Saipol Paizi Zainol dari Balai Polis Bukit Jelutong di talian 012-578 1435.



FOTO PDRM

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap