Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Malaysia-China bincang tempoh lanjutan pengecualian visa pelancong ke China

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/Foto Facebook KDN

LIANYUNGANG,8 September – Usaha Malaysia untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong dari 15 hari kepada 30 hari bagi rakyat Malaysia yang melancong ke China menunjukkan perkembangan positif.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,perbincangan di peringkat pegawai mempamerkan kesediaan pihak China untuk mempertimbangkan cadangan itu.

Katanya,Malaysia-China juga akan membincangkan mengenai pelanjutan tempoh pengecualian itu daripada berakhir Disember 2025 kepada akhir 2026.

Bagaimanapun,katanya keputusan mengenai cadangan itu masih belum dimuktamadkan.

"Di peringkat pegawai kerajaan antara Malaysia dan China terbuka untuk berbincang dan mempertimbangkan cadangan yang dibangkitkan,yang merupakan tanda positif dalam konteks hubungan dan diplomasi antarabangsa.

"Pengecualian visa masih dalam status tertangguh (pending). Semasa kunjungan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ke China,beliau bertemu dengan Perdana Menteri China,Li Qiang,dan Wang Xiaohong,yang merupakan Penasihat Negara serta Menteri Keselamatan Awam.

"Dalam pertemuan tersebut,Zahid menyampaikan pendirian kerajaan Malaysia yang mencadangkan pemberian visa percuma selama 30 hari kepada rakyat China yang datang ke Malaysia,dengan tujuan untuk menyokong industri pelancongan," katanya.

Datuk Seri Saifuddin turut memaklumkan bahawa beliau bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Wang Xiaohong esok sempena Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap