Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh
ALOR SETAR,4 September - Tahap pematuhan jadual penanaman padi bagi musim 1/2024 hingga 28 Ogos lalu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian MUDA (MADA),seluas 100,685 hektar mencapai 73.6 peratus dengan peningkatan 45.3 peratus berbanding musim sama,tahun lalu.
Pengerusi MADADatuk Dr IsmailSalleh berkata,pihaknya yakin dengan prestasi itu dapat mencapai sasaran purata hasil kasarpadi iaitu 5.8 tan per hektar setahun.
Katanya ia berdasarkan aktiviti tuaian kini yang mencapai 12,723 hektar atau 1.5 peratus terdapat peladang yang memperoleh hasil purata lapan hingga 10.5 tan per hektar melibatkan kawasan padi masak seluas 11.5 peratus .
"Apabila peladang biasasudah sampai ke tahap yang seperti itu,kita rasa gelombang padi yang dicetuskan oleh kementerian kita. Kita rasa peladang-peladang kita mula merasai maksudnya menerima danmembaiki apa juga dalam 12 insiatif itu untuk meningkatkan hasil. Jadi kita yakin perkara ini,kesedaran ini akan lebih meluas," kata Dr Ismail dalam satu sidang media,di sini.
Bagi musim 2/2024 bekalan untuk pengairan mencukupi,berdasarkan jumlah takungan air ketiga-tiga empangannya pula meningkat iaitu 500,612 ekar kaki bersamaan 40.93 peratus.
Selain itu berdasarkan simulasi takungan air di empangan Pedukini mencapai 406,283 ekar kaki atau 46 peratus pada permulaan musim penanaman padi 2/2024 .
Manakala jumlah purata turun hujan di kawasan Muda kembali meningkat iaitu merekodkan bacaan hampir setara sebanyak 1,189 milimeter berbanding purata turunan hujan 20 tahun iaitu 1,193 milimeter.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap