Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Anwar terima kunjungan Menteri Luar Poland

Menteri Luar Poland,Radosław Sikorski (kiri) bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook

KUALA LUMPUR,3 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Poland,Radosław Sikorski yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia ketika ini.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata,beliau percaya dan optimis lawatan itu akan menyumbang secara signifikan kepada pengukuhan kerjasama dan perkongsian antara kedua-dua negara.

"Selain itu,kami turut menyentuh mengenai kerjasama ASEAN-EU,dengan mengambil kira peranan Poland sebagai Presiden Majlis Kesatuan Eropah Poland pada Januari-Jun 2025 dan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan," katanya

Selain itu perbincangan berkenaan turut menyentuh usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Poland,terutama membabitkan kerjasama dalam bidang pertahanan,ekonomi digital,eksport pertanian dan sektor minyak sawit.

Pertemuan kira-kira 40 minit itu juga turut membincangkan secara mendalam dan meluas mengenai isu mendesak terkait konflik di Ukraine dan Palestin.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap