Shamsul Bahrin Zainuzzaman
KUALA LUMPUR,3 September- Lebih 12,000 peserta disasarkan menyertai 'flash mob' atau persembahan kilat berkumpulan pada Keretapi Sarong 2024 (KS24) sempena sambutan Hari Malaysia pada 14 September ini.
Sambutan unik bertemakan 'Bangga Malaysia' itu akan diadakan di pelbagai bandar dan melibatkan sembilan stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL).
Pengarah program KS2024 Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata,program itu mengiktiraf peranan dalam membentuk identiti Malaysia serta mempamerkan potensi komersial budaya di peringkat nasional dan antarabangsa.
"Kita boleh lihat penyatuan rakyat Malaysia kebelakangan ini dilihat semakin baik. Jadi kita tidak mahu meomentum itu hilang begitu sahaja.
"Jadi kita nak menaikkan semangat berkenaan dengan tema 'Bangga Malaysia'," katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu negara.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap