Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

'Raja Bomoh' perlu dinasihat tentang batas akidah, iman

Foto RTM

KUALA LUMPUR,29 Ogos- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diminta menasihati 'Raja Bomoh',Ibrahim Mat Zain yang ingin menawarkan bantuan mencari mangsa tanah jerlus secara ritual dan bertentangan akidah Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata individu itu perlu dinasihat tentang batas-batas akidah dan iman supaya tidak terjebak dalam amalan yang membawa penghinaan kepada agama Islam.

"Individu itu telah membuat pengakuan bersalah ketika didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina pada tahun 2017.


"Malah,Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkannya menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506)," katanya menerusi kenyataan.

Mohd Na’im juga menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan sebarang aktiviti ritual yang bertentangan dengan akidah Islam.

Tambahnya,Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum kegelisahan umat Islam terhadap kehadiran 'Raja Bomoh' itu di lokasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur baru-baru ini.

BERITA BERKAITAN:

Tanah jerlus: KPWKM tawar khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa

JKR beri bantuan teknikal cari mangsa tanah jerlus

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap