Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Hakim Brazil ancam gantung X

Ibu pejabat X di Brazil/Foto REUTERS

BRASILLIA,29 Ogos-Hakim Mahkamah Agung Brazil pada Rabu mengancam untuk menggantung aplikasi sosial media X,sekiranya Ketua Pegawai Eksekutifnya,Elon Musk tidak menamakan wakil undang-undang baharunya untuk membolehkan operasi sosial medianya beroperasi di negara berkenaan.

Dalam satu pengumuman yang diumumkan pada Rabu,Hakim Mahkamah Agung Brazil,Alexandre de Moraes memerintahkan Musk untuk melantik wakil sah syarikat yang baru di Brazil dalam tempoh 24 jam.

Moraes yang menerajui penentangan terhadap maklumat palsu di negara terbesar Amerika Selatan itu seringkali berbalah dengan Musk berhubung isu kebebasan suara media sosial.

Musk dan pengkritik lain telah menyatakan bahawa Moraes merupakan sebahagian daripada penghalang terhadap kebebasan bersuara.

Sebelum ini,Moraes telah mengarahkan penangguhan beberapa akaun Twitter yang disyaki menyebarkan maklumat palsu,termasuk akaun penyokong bekas presiden sayap kanan Brazil,Jair Bolsonaro,yang cuba merendahkan kredibiliti sistem pengundian dalam pilihan raya presiden 2022.

Terdahulu,awal bulan in,Musk telah menutup operasi perniagaan X di Brazil sambil mengekalkan akses ke laman media sosial tersebut untuk pengguna selepas menuduh Moraes mengancam wakil sah syarikatnya sebelum ini.

Musk turut disiasat berhubung dakwaan pengubahan wang haram untuk mengatur kempen maklumat palsu kepada Bolsonaro dan sekutunya.-AF


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap