Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS ketika dibuka

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,27 Ogos - Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa,berikutan jangkaan yang tinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS,kata penganalisis.

Pada 8 pagi,ringgit berada pada 4.3470/3505 berbanding dolar AS,paras yang sama ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Presiden Fed San Francisco Mary Daly memberikan bayangan bahawa pengurangan kadar faedah sebanyak suku mata kemungkinan diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed pada 17 hingga 18 September depan.

“Trajektori ringgit kekal positif memandangkan status quo dasar monetari Malaysia dijangka kekal,dan ini menunjukkan perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed AS dan Kadar Dasar Semalaman Malaysia mungkin mengecil dalam beberapa bulan akan datang.

“Pada masa sama,aktiviti pengambilan untung dijangkakan berlaku kerana pelabur mungkin mahu memanfaatkan sebahagian keuntungan daripada kenaikan itu,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata sehubungan itu,ringgit diunjurkan bergerak ke arah paras sokongan serta-merta RM4.3000 dalam tempoh terdekat.

Sementara itu,ringgit lebih tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0073/0099 daripada 3.0188/0214 ketika ditutup pada Isnin,dan naik berbanding euro kepada 4.8526/8565 daripada 4.8565/8604.

Bagaimanapun,ringgit sedikit rendah berbanding pound British kepada 5.7333/7379 daripada 5.7324/7370 semalam.

Pada masa sama,unit tempatan didagangkan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3333/3365 daripada 3.3367/3396 ketika ditutup semalam,dan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.7815/8009 daripada 12.7891/8050.

Unit domestik tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.75/7.77 dan turut mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 281.5/281.8. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Tuanku Muhriz kesal, dukacita perbuatan eksploitasi kanak-kanak

TMJ berkenan sertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor

Sambutan Maulidur Rasul : Hampir 10,000 banjiri Dataran Labuan

Sambutan Hari Malaysia 2024 : Orang ramai dinasihat datang awal

Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi

Agong dan Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap