Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kerajaan komited laksana SEGiM, jaga kebajikan pekerja gig

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,27 Ogos- Kerajaan komited untuk memastikan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dilaksanakan segera selepas Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kebajikan pekerja gig bakal dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,perkara itu perlu dilaksanakan segera dengan mengambil kira keprihatinan jangka masa panjang kumpulan itu termasuk perlindungan sosial.


Pekerja gig dan individu yang bekerja sendiri perlu diberi latihan berterusan seperti peningkatan kemahiran dan kemahiran semula dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran.


"Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara juga telah menyusun beberapa kaedah dan pedagogi untuk pekerja gig bagi mengikuti kursus TVET yang bukan hanya mereka minati,tetapi yang mempunyai kadar kebolehpasaran tenaga kerja mengikut kehendak pasaran tenaga kerja di Malaysia.


"Ini kerana,kita mengambil kepedulian ketika pekerja gig mungkin mencapai umur lebih 40 tahun,produktiviti mungkin menurun. Jadi ia penting bagaimana keluarga dan anak-anak harus dijaga dengan adanya kerjaya yang dipersiapkan untuk mereka melalui program-program yang diikuti," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL),di ibu negara.


Bertemakan 'Keselamatan Sosial untuk Pekerja Sendiri dan Pekerja Platform',seminar itu memberi fokus kepada perbincangan produktif bagi menyumbang kepada masa depan lebih inklusif untuk semua pekerja dalam ekonomi global.


Dalam pada itu kerajaan juga merancang satu program dengan menawarkan elaun dan pembelajaran percuma kepada pekerja ekonomi gig termasuk e-hailing dan p-hailing.


Selepas ini,pekerja gig berkenaan yang bakal mengikuti program itu perlu menyertai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tertentu,termasuk berpeluang untuk melanjutkan pengajian di lima universiti dalam kategori Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).


Malaysia kini proaktif ke arah penubuhan Akta Pekerja Gig yang berfokuskan kepada p-hailing dan e-hailing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Tuanku Muhriz kesal, dukacita perbuatan eksploitasi kanak-kanak

TMJ berkenan sertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor

Sambutan Maulidur Rasul : Hampir 10,000 banjiri Dataran Labuan

Sambutan Hari Malaysia 2024 : Orang ramai dinasihat datang awal

Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi

Agong dan Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap