Pegawai bomba menyelamat 19 individu yang terperangkap di Risda Eco Park,Ulu Slim akibat jambatan runtuh
SLIM RIVER,24 Ogos- Hampir 10,000 penduduk di daerah Muallim terputus bekalan air dan elektrik susulan kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village,Slim River,pada Jumaat.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,gangguan bekalan air berlaku sejak semalam disebabkan loji rawatan air pecah akibat jambatan runtuh.
"Saya difahamkan ada 10,000 akaun,ia kira-kira 70 peratus terkesan dan kita pun tidak boleh tergesa-gesa untuk baik pulih semalam kerana pada waktu malam tetapi hari ini telah ambil tindakan.
"Jadi kita akan perbaiki itu dan buat sementara kita akan cuba untuk membekalkan air kepada penduduk dengan secepat mungkin," katanya selepas meninjau keadaan runtuhan jambatan di Jalan Slim River-Behrang Ulu,di Ulu Slim.
Dalam kejadian kepala air kira-kira pukul 6.45 petang semalam,seramai 175 penduduk terjejas daripada 42 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
Manakala21 individu yang terperangkap di tapak perkhemahan Risda Eco Park,Kampung Ulu Slim,Slim River berikutan kejadian kepala air semalam,berjaya diselamatkan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata,mangsa terdiri daripada 19 orang pengunjung dan dua penduduk kampung.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Slim River telah digerakkan ke lokasi sejak semalam.
"Operasi menyelamat melibatkan pemasangan tali merintangi sungai dan mangsa dibawa keluar menggunakan bot berikutan jambatan ke lokasi chalet yang telah runtuh," kata Sayani.
Kerja-kerja menyelamat melibatkan pemasangan tali merintangi sungai dan mangsa akan dibawa keluar menggunakan bot berikutan jambatan ke lokasi chalet yang telah runtuh.
Jelasnya,ketika ini arus sungai masih deras berikutan trend air menurun.
19 orang pengunjung yang terperangkap terdiri daripada sembilan orang dewasa dan 10 orang kanak-kanak yang ditemui selamat di chalet tersebut.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap