Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

JKR Sarawak jabatan yang dipantau rapat

Foto MIPD

KUCHING,24 Ogos- Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak merupakan jabatan yang dipantau rapat di negeri itu kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Perkara itu berikutan jabatan berkenaan berada di barisan hadapan dalam pelaksanaan projek pembangunan dan mempunyai banyak projek di seluruh Sarawak.

"JKR mempunyai banyak kerja pembinaan untuk diselia dan dipantau," katanya dalam ucapan semasa Majlis Makan Malam di sini malam tadi.

Majlis itu bagi meraikan kakitangan JKR yang menyertai Karnival Sukan JKR Kebangsaan di Kuala Lumpur minggu lepas.

Pada mesyuarat kabinet negeri baru-baru ini,Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyuarakan pendapat berikutan beberapa agensi dilihat tidak memberi tindak balas terhadap keperluan semasa rakyat serta program pembangunan negeri.

"Semua jurutera bahagian mesti sentiasa berwaspada kerana kerajaan Sarawak tidak mahu sebarang projek sakit atau kelewatan dan kemalangan berlaku di tempat kerja.

"JKR mempunyai Prosedur Operasi Standard dan mekanisme dalam memastikan perkara itu dan ia perlu dilihat,dipelajari serta dipatuhi," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain,Uggah yang jugaMenteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) mahu pegawai jabatan yang ditugaskan memastikan keselamatan penumpang feri selain meningkatkan penguatkuasaan mereka.

Dalam pada itu operator feri perlu mematuhi semua peraturan operasi,termasuk memastikan penumpang memakai jaket keselamatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Tuanku Muhriz kesal, dukacita perbuatan eksploitasi kanak-kanak

TMJ berkenan sertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor

Sambutan Maulidur Rasul : Hampir 10,000 banjiri Dataran Labuan

Sambutan Hari Malaysia 2024 : Orang ramai dinasihat datang awal

Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi

Agong dan Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap