Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS

Kemalangan berlaku ketika kedua-dua lori itu dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

KLUANG,23 Ogos- Seorang kelindan lori maut,manakala dua pemandu lori cedera dalam kemalangan di kilometer 69,Lebuhraya Utara - Selatan (Arah Utara),semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang,ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa,M.Madasamy,30,maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Beliau memaklumkan kemalangan berlaku ketika kedua-dua lori itu dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

"Lori dinaiki mangsa mengalami kerosakan di lorong kiri sebelum mendapatkan bantuan daripada pihak PLUS.

"Sebuah lagi lori dipandu seorang lelaki berumur 29 tahun dan kelindan,30 tahun,secara tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar kon yang disusun sebelum merempuh belakang lori berkenaan di lorong kiri," katanya.

Beliau berkata kedua-dua pemandu lori berusia 55 dan 29 tahun mengalami sakit di bahagian dada dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom,di sini.

Bahrin berkata sementara seorang lagi kelindan berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Mengapa pencetak inkjet komputer tangan CYCJET membuat produksi anda lebih efisien?

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

Malaysia-UAE tanda tangan FTA akhir tahun ini

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap