Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Penutupan SUKMA, beberapa laluan ke stadium ditutup

Foto: BERNAMA

KUCHING,22 Ogos- Beberapa laluan menuju ke Stadium Perpaduan Sarawak akan ditutup mulai 3 petang Sabtu ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena upacara penutupan rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Ketua Polis Daerah Kuching,ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang dikhaskan untuk ke tempat letak kenderaan awam berhampiran stadium.

Beliau berkata antara 12 lokasi yang ditutup adalah di bulatan Sesco,bulatan Kesuma Resort,persimpangan Sumber Alam ke Stadium Perpaduan,simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Stadium dan Jalan Diplomatik,jalan masuk ke Pusat Akuatik Pandelela Renong,Jalan Padang Gasing,lorong masuk ke tempat letak bas dan Jalan Stadium menuju ke simpang parkir awam.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ke tempat letak kenderaan awam yang telah dikhaskan iaitu dari arah bulatan Sesco,buat pusingan U di bulatan Casuarina kemudian melalui jalan tersebut untuk masuk ke simpang Jalan Stadium.

“Kenderaan yang melalui Jalan Diplomatik boleh terus ke kawasan tempat letak kenderaan di belakang Stadium Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini,hari ini.

Mohd Farhan berkata selepas acara penutupan tamat,orang ramai dinasihatkan keluar melalui Jalan Diplomatik menghala ke Demak serta melalui Jalan Stadium (Ring) menuju Jalan Casuarina.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan serta merancang perjalanan dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Mengapa pencetak inkjet komputer tangan CYCJET membuat produksi anda lebih efisien?

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

Malaysia-UAE tanda tangan FTA akhir tahun ini

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap