Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Mayat mangsa terakhir bot karam di Sungai Kayan dijumpai

Foto: JBPM Sarawak

LUNDU 22 Ogos - Mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Kayan,Lundu,kira-kira 72 km dari sini Selasa lepas,ditemukan pada pukul 6.38 pagi tadi.

Menurut Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii,mayat mangsa remaja perempuan itu dikenali sebagai Alsma Jithil,14,dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian berdekatan Kampung Selampit.

"Mayat dijumpai oleh orang kampung dan kemudian diambil oleh anggota Sarawak Coast Guard pada pukul 6.40 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Lundu,” katanya.

Beliau berkata dengan penemuan mayat ketiga itu,operasi mencari dan menyelamat (SAR) di jeti sungai itu ditamat.

Semalam,mayat dua mangsa iaitu Vilkie Wilson,15,ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat pada pukul 11.58 pagi,manakala mayat Helena Fasha Petrus,17,dijumpai terapung satu kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.

Selasa lalu,sebuah bot yang dinaiki oleh 20 orang telah karam di Sungai Kayan pada pukul 6.10 pagi dengan 17 mangsa berjaya menyelamatkan diri,manakala tiga lagi mangsa dilaporkan hilang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap